Siri animasi League of Legends – Arcane bakal tiba suku ketiga tahun ini di Netflix

Siri animasi League of Legends yang ditunggu-tunggu akan tiba di Netflix pada suku ketiga tahun ini. 

Siri berjudul Arcane ini telah lama diumumkan oleh Riot Games pada tahun 2019 sebagai salah satu pengumuman baharu untuk ulang tahun yang ke-10 League of Legends.

Namun siri ini telah ditunda ke 2021 disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia.

Berdasarkan treler daripada Netflix, Arcane mengisahkan cerita untuk champion Jinx dan Vi. Mungkin kedatangan karakter dari benua Zaun dan Piltover juga akan dilihat nanti.

Arcane juga adalah strategi baru Netflix untuk menganimasikan atau menghasilkan siri televisyen daripada permainan video seperti cerita-cerita permainan video yang lepas iaitu The Witcher, Castlevenia. Malah pesaing terbesar League of Legends, DOTA 2 juga mempunyai siri animasi sendiri Dragon’s Blood.

Masih banyak yang kita tidak tahu, namun spekulasi cerita dari League of Legends bakal dibesarkan lagi oleh Riot Games.

Sumber rujukan: The Verge 

RELATED NEWS

+