Kejohanan Free Fire Challengers musim ke-2 akan memasuki peringkat liganya pada 2 Julai di mana pasukan terhebat di rantau ini akan berhadapan dengan pasukan baru yang sedang meningkat naik.
Liga Free Fire Challengers musim ke-2 akan menampilkan 10 pasukan terbaik dari pusingan kelayakan, bersama-sama dengan dua pasukan teratas dari pusingan kelayakan dalam permainan untuk setiap empat negara yang mengambil bahagian seperti Malaysia, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka.
Peminat boleh menjangkakan kembalinya pasukan berpengalaman seperti Orange Esports dan Farang serta pasukan baru yang semakin meningkat seperti AKO.KHMER dari Kemboja dan NEVERSTOP dari Sri Lanka.
Peringkat liga akan berlangsung selama tiga minggu, bermula dari 2 Julai sehingga 24 Julai, pada hujung minggu Hari Raya Haji, liga akan berehat untuk menghormati perayaan itu.
18 pasukan akan merebut tempat di pusingan Grand Final pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 1 petang dengan 12 pasukan terbaik untuk bersaing merebut gelaran juara yang berlangsung pada 30 dan 31 Julai.
Tiga pasukan teratas dari pusingan Grand Final akan memasuki terus ke peringkat liga utama MCPS (Malaysia, Kemboja, Filipina, Sri Lanka) musim depan (sebelum ini dikenali sebagai MCP).
Pemain Free Fire dan peminat e-sukan boleh menyokong pasukan kegemaran mereka dan menebus peti rampasan senjata percuma dengan menonton peringkat liga, yang akan distrim secara langsung setiap minggu di Facebook rasmi Free Fire Malaysia , TikTok dan YouTube.
Kejohanan Hayato dan Moco Cup
Pemain Free Fire yang ingin memulakan langkah pertama mereka ke dalam e-sukan boleh menyertai dua kejohanan mingguan iaitu Hayato Blazing Cup dan Hayato Frostbite Cup, yang akan bermula pada 14 Jun.
Kedua-dua pertandingan ini terbuka kepada semua pemain yang mendapat kedudukan emas dan ke atas melalui ‘The Arena’ dalam permainan pada setiap Selasa dan Khamis jam 8 malam.
Pasukan teratas setiap minggu akan mendapatkan skin senjata dan kumpulan karakter yang popular, seperti skin Aquablaze Wrath untuk Akimbo Vectors dan skin Aurora Oni untuk MP5.
Tiga kedudukan teratas juga akan mendapat gambar paparan profil bertema gangsa, perak dan emas serta banner profil untuk mempamerkan kemenangan mereka kepada pemain lain.
Bukan itu sahaja, pasukan yang mempunyai prestasi yang baik berpeluang untuk bersaing dan mengasah kemahiran mereka menentang pasukan profesional dari rantau ini dalam Moco Cup dan berpeluang memenangi ganjaran yang lebih menarik!