Siri permainan video The Witcher mencecah jualan 50 juta unit

Permainan video The Witcher 3: Wild Hunt dilancarkan lebih kurang lima tahun lepas dan sehingga kini ia dianggap antara judul yang paling menyeronokkan oleh ramai penggemar permainan video. Dua judul yang dilancarkan sebelumnya juga diminati ramai.

Pembangun siri The Witcher, CD Projekt Red, baru-baru ini mengumumkan bahawa siri tersebut kini telah mencecah 50 juta unit dalam jualan secara keseluruhan. Pencapaian ini membuktikan bahawa studio tersebut sangat handal membangunkan permainan dunia terbuka.

Pada waktu ini, CD Projekt Red sedang membangunkan Cyberpunk 2077 yang akan dilancarkan pada 17 September 2020 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+