5 artis Hollywood yang sebenarnya gamer tegar

Permainan video kini banyak melalui beberapa masalah krisis identiti.

Ada ibubapa dan ahli politik yang menyangka permainan video ini adalah tidak baik dan banyak membawa masalah.

Sudah pasti ada yang percaya bermain permainan video tidak akan berjaya.

Namun di luar sana ramai artis-artis terkenal yang penuh karisma mengaku mereka adalah pemain tegar.

1. Henry Cavill

Siapa sangka Superman sebenarnya adalah seorang nerd.

Satu sebab menunjukkan Henry Cavill adalah gamer tegar.

Henry terlepas panggilan telefon dari Zack Snyder untuk menjadi Superman kerana terlalu sibuk bermain World of Warcraft dan menelefon Zack hanya selepas bermain permainan video.

Tidak lupa juga Henry sendiri adalah peminat tegar The Witcher dan kini menjadi Geralt di The Witcher Netflix.

Henry juga adalah peminat tegar 40k Warhammer dan banyak lagi hobi lain.

2. Mila Kunis

Mila Kunis sendiri mengaku dia pernah ketagih dengan World of Warcraft.

“Saya terpaksa berhenti disebabkan terlalu ketagih,” katanya.

Namun obsesi Mila Kunis berubah pula ke Call of Duty iaitu membunuh zombi Nazi.

“CoD adalah sangat sangat menyeronokkan,” ujar Mila Kunis ketika menghadiri di ComiCon San Diego 2012.

3. Megan Fox

Megan Fox pada awalnya tidak memberitahu orang lain bahawa dia sendiri bermain permainan video.

Dalam satu temubual bersama Collider, Megan Fox memberitahu dia sebenarnya peminat tegar Halo Reach dan bermain dalam talian bersama yang lain.

“Mereka tidak tahu. Ramai yang mentertawakan nama saya kerana ia kelakar, tetapi mereka masih tidak tahu itu saya,” katanya.

4. Michael Fassbender

Michael Fassbender terkenal sebagai Magneto dari siri filem X-Men dan juga menjadi pelakon utama dalam Assassin’s Creed.

Fassbender sangat menyukai francais Assassin’s Creed malah sangat mahu untuk menjadi karakter di dalam filem Assassin’s Creed.

5. Zac Efron

Zac Efron sangat dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seseorang yang sangat suka bermain permainan video.

Dia juga pernah menjadi hos untuk pelancaran Halo 3 di Los Angeles.

Malah salah satu sebab Zac dan Vanessa Hudgens berpisah disebabkan dedikasinya terhadap permainan video sehingga dia terpaksa membuat pilihan samada membuang Xbox atau bersama dengan Vanessa.

Sekurang-kurangnya Zac kini dapat bermain Halo 5 tanpa gangguan.

RELATED NEWS

+