Siri Xiaomi 12 bukan saja ada rekaan mantap, tapi sarat dengan spesifikasi hebat!

Xiaomi baru-baru ni mengumumkan barisan peranti pintar perdana mereka iaitu Siri Xiaomi 12. Peranti pintar bertaraf premium ni hadir dengan pilihan Xiaomi 12 serta Xiaomi 12 Pro yang dikuasakan dengan teknologi terbaru bersesuaian untuk pengunaan secara profesional mahupun harian.

Haa.. Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya apa bezanya Siri Xiaomi 12 yang membuatkan ianya lebih premium kan? Biar kami kongsi lapan (8) sebab kenapa ianya peranti yang sangat berbaloi untuk dibeli.

1. Kali pertama kamera 50mp bergred pro diperkenalkan di peranti pintar Xiaomi

Buat pertama kalinya Xiaomi 12 Pro hadir dengan tiga kamera belakang bergred pro 50mp bersama kamera telefoto dan kamera ultra lebar 50MP. Peranti Xiaomi 12 pula dilengkapi kamera utama 50MP serta kamera telemakro 5MP dan kamera ultra lebar 13MP yang juga bergred pro.

Selepas ini gambar anda tak ada lah kabur atau kelabu, hasil foto anda mesti estetik habis lah. Sekali snap gambar terus cantik!

Kalau tak percaya, nah kami kongsi hasil gambar yang diambil menggunakan Xiaomi 12 Pro:

2. Hasil video yang lebih sinematik dengan teknologi AI algorithm Xiaomi

AI algorithm Xiaomi yang kini lebih maju membolehkan rakaman video dihasilkan dengan kesan sinematik yang lebih hebat! Setiap rakaman bakal dilengkapi kesan khas dan pilihan kreatif seperti Xiaomi ProFocus, One-click AI cinema dan banyak lagi.

Siri Xiaomi 12 turut didatangkan dengan ciri Ultra Night Video membolehkan rakaman video dibuat dalam keadaan cahaya yang terhad. Pengguna juga bebas memilih jenis potrait mode yang diinginkan sekaligus menjadikan hasil rakaman setanding rakaman di studio!

3. Tingkatkan produktiviti dengan Snapdragon® 8 Gen 1

Dijana dengan cip pemprosesan Qualcomm terkini, Snapdragon® 8 Gen 1. Siri Xiaomi 12 menggunakan teknologi 4nm bagi memastikan anda dapat pengalaman terbaik sepanjang menggunakan peranti pintar ni.

Cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 1 ni adalah 20% lebih berkuasa berbanding sebelumnya dan mampu menjimatkan tenaga sehingga 30% tau! Dahlah laju, cekap tenaga lagi. Memang mantap!

4. Rekaan ikonik, lebih estetik

Peranti bersaiz poket ni boleh dikatakan selesa digenggam dalam tangan, tak terlalu besar mahupun kecil. Just nice lah geng. Walaupun hadir dengan rekaan yang slim, Siri Xiaomi 12 menggunakan bateri berkapasiti tinggi okay!

Bukan setakat rekaannya ikonik, prestasi keseluruhan pun mantap! Xiaomi 12 Pro mempunyai paparan skrin seluas 6.73 sementara Xiaomi 12 pula didatangkan dengan skrin berukuran 6.28 inci. Kedua-dua peranti itu boleh didapati dengan tiga pilihan warna iaitu kelabu, ungu dan biru.

5. Teknologi 120W Xiaomi HyperCharge bakal menjimatkan masa korang

Dari segi pengecasan pun tak kurang hebatnya geng, untuk Xiaomi 12 Pro ia menyokong teknologi 120W HyperCharge dengan kapasiti bateri 4,600mAh. Sedikit berbeza dengan Xiaomi 12 yang menyokong teknologi 67W dengan kapasiti bateri 4,500mAh.

Untuk pengecasan tanpa wayar, kedua-dua peranti menyokong 50W turbo charging. Jimat masa anda, tak ada dah nak menunggu lama untuk cas phone saja selepas ini.

6. 68 billion warna dipaparkan pada Xiaomi 12  

Siri Xiaomi 12 berkebolehan untuk memaparkan 68 billion warna bagi menjamin kejelasan paparan dan ketepatan warna yang lebih baik. Nisbah skrin ke badan peranti juga sudah dimaksimumkan dengan penggunaan bezels yang lebih kecil. 

Siri Xiaomi 12 turut dikuasakan dengan AMOLED Dot Display dan sokongan TrueColor. Paling best sekali, skrin peranti ini lengkap dengan ciri anti calar menggunakan Corning Gorilla Glass Victus.

Tak cukup dengan itu, ada juga ciri sokongan Dolby Vision® dan HDR 10+ yang membolehkan setiap paparan pada skrin terlihat lebih mantap!

7. Ada 4 pembesar suara sekaligus!

Sistem bunyi untuk Xiaomi 12 Pro terdiri daripada 4 pembesar suara yang dikuasakan oleh Harman Kardon! Bila adanya sistem bunyi yang super gempak macam ni, setiap audio yang dimainkan bakal terdengar jelas dan mengagumkan tau!

Buat model Xiaomi 12, ia hadir dengan sepasang pembesar suara bersama sistem Dolby Atmos® menjanjikan penyampaian audio yang lebih realistik dan jelas. Barulah lagi seronok nak main game nanti!

8. Xiaomi tawar pakej servis VIP untuk korang!

Dah cerita panjang lebar tadi, tak akan lah anda tak teruja dengan Siri Xiaomi 12 ini kan? Haa.. Tak payah fikir lagi, jom buat pra-tempahan untuk Siri Xiaomi 12 bermula hari ini (16 Mac) sehingga 23 Mac untuk menikmati servis VIP buat peranti anda yang merangkumi:

  • 1x percuma gantian skrin 
  • 2 tahun jaminan
  • 3 tahun percuma naik taraf Android OS
  • 4 tahun percuma naik taraf sekuriti  

Harga jualan untuk Xiaomi 12 Pro 12GB + 256GB adalah RM3,899. Manakala, Xiaomi 12 8GB + 256GB boleh didapati pada harga RM2,999.

Dengan setiap pembelian Xiaomi 12 Pro atau Xiaomi 12, anda juga bakal menerima hadiah istimewa bernilai RM2,197! Hadiah itu akan dihantar terus ke rumah anda nanti selepas anda ambil peranti Siri Xiaomi 12 pilihan anda di mana-mana cawangan Xiaomi.

Bagi anda yang memilih penghantaran terus peranti ke rumah pula, anda layak menerima hadiah tambahan berupa Xiaomi Soundbar 3.1ch bernilai RM1,499 dan gantian skrin percuma dalam tempoh 6 bulan sekiranya berlaku kerosakan yang mana tertakluk kepada jaminan serta terma dan syarat.

Pra-tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi Xiaomi di SINI.

RELATED NEWS

+