Black Shark 2 Pro Dilancarkan – Snapdragon 855+, Berharga RM1,795

Sebelum ini Black Shark 2 dilancarkan pada bulan Mac dan dianggap sebagai gaming phone yang sesuai dengan bajet lebih kecil.

Kali ini, ia hadir lagi dengan versi lebih berkuasa iaitu Black Shark 2 Pro dengan harga bermula RM1,795!

Ia menawarkan cip pemprosesan terkini, Snapdragon 855+, Android 9 Pie dan storan UFS 3.0 selain rekaan yang ditambah baik sedikit dengan pegangan lebih selesa dan dua lampu RGB tambahan di belakang.

Di depan, ia menggunakan paparan sama 6.39 inci AMOLED dengan resolusi HD Penuh serta stereo speakers. Telefon pintar gaming ini juga dikurangkan touch latency kepada 34.7ms berbanding 43.5ms di Black Shark 2. Ini akan membuatkan game ini kurang lag dan pengalaman bermain game lebih lancar. Pengimbasan cap jari juga turut dikekalkan.

Pada bahagian kamera, ia dilengkapi lensa 48MP + 12MP di belakang dan kamera swafoto beresolusi 20MP.

Peranti ini juga dilengkapi liquid cooling 3.0 dan juga kapasiti bateri 4,000 mAh dengan sokongan 27W pengecasan pantas.

Ia akan hadir ke China bermula 2 Ogos ini dalam dua varian, 12GB RAM/128GB ROM dengan harga RMB2,999 (RM1,795) dan 12GB RAM/256GB ROM dengan harga RMB 3,499 (RM2095). Ada empat warna Hitam, Putih, Biru dan Merah.

Black Shark 2 Pro masih belum diumumkan untuk pasaran Malaysia bersama harga rasminya namun gaming phone dengan Snapdragon 855+ ini antara yang paling affordable untuk gamers.

Sumber: GSMArena

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+