Gayakan Xiaomi 11 Lite 5G NE dengan Kittie Yiyi

Xiaomi, hari ini dengan pelancaran model Xiaomi 11 Lite 5G NE, mereka mengumumkan kolaborasi bersama sebuah pereka fesyen tempatan, Kittie Yiyi.

Melalui kolaborasi ini bermula 26 Oktober, pelanggan Malaysia yang membeli Xiaomi 11 Lite 5G NE akan menerima satu lanyard sarung telefon edisi terhad yang direka oleh Kittie Yiyi secara percuma!

Kittie Yiyi, sebuah label fesyen tempatan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, menggunakan rekaan yang berwarna-warni, ceria, bergaya dan berani. Lanyard sarung telefon edisi terhad ini direka untuk memberi inspirasi buat kreativiti melalui keunikan gaya tersendiri.

Lanyard sarung telefon boleh di dapatkan secara eksklusif dengan pembelian di kedai-kedai rasmi Xiaomi di Malaysia sementara stok masih ada.

Xiaomi 11 Lite 5G NE

Xiaomi 11 Lite 5G NE didatangkan dengan paparan AMOLED DotDisplay 6.55″ dengan sokongan 10-bit TrueColor dan Dolby Vision. Selain membawakan konfigurasi kamera 64MP kamera utama, 8MP kamera ultra lebar dan 5MP kamera makro. 

Peranti ini juga dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 788G 5G dengan bateri sebesar 4,250mAh dan keupayaan pengecasan pantas 33W.

Xiaomi 11 Lite 5G NE ditawarkan dengan empat warna pilihan iaitu Truffle Black, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Snowflake White. Ia boleh didapatkan dengan harga bermula RM1,399 (8GB+128GB) dan RM1,599 (8GB+256GB).

RELATED NEWS

+