Skin line terbaru VALORANT, membawakan katana dan rekaan futuristik

Baru-baru ini, VALORANT Leaks menemui satu set skin senjata terbaru VALORANT yang membawakan rekaan yang futuristik  selain memperkenalkan katana buat pertama kali di permainan ini.

Melalui RGX 11z Pro, rekaan luar set kulit senjata ini membawakan rekaan futuristik dengan lampu pencahayaan LED dan mempamerkan komponen-komponen mekanikal senjata sebagai estatik.

Selain itu, pada rekaan ini, Riot juga menyertakan kiraan kill pada senjata. Dikatakan kiraan ini akan menunjukkan berapa kill yang anda peroleh pada satu-satu pusingan bukan keseluruhan permainan ketika itu. Bahkan, pemain juga akan mendapat finisher yang unik apabila menaik taraf senjata sepenuhnya.

Senjata-senjata yang menerima sentuhan rekaan baru ini ialah Frenzy, Guardian, Vandal, Stinger dan senjata melee.

Bagi senjata melee, ia pada awalnya adalah merupakan pisau futuristik yang apabila dinaiktaraf, akan menjadi sebuah katana dengan rekaan LED sama seperti senjata lain. Tambahan pula, ia juga didatangkan dengan buddies senjata yang reaktif, setiap kali anda menembak.

Pihak Riot tidak menyatakan harga rasmi bagi set kali ini, tetapi kemungkinan ia akan dijual dengan harga 8,700 VP di kedai dalam permainan. 

Sumber: Dot Esports

TAGS

RELATED NEWS

+