Skuad Free Fire tempatan, Blacklist International rasmi melepaskan pemain selepas hampir dua tahun

Artikel ini ditulis oleh Firas Aliyan Idris

Dalam satu kenyataan rasmi di laman Facebook, pasukan Blacklist International Free Fire mengucapkan selamat tinggal kepada barisan pemain mereka. 

“Kami sudah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal daripada tempoh asal,” jelas Pengurus Pasukan, Raffy Adornado (Ping) ketika dihubungi MyGameOn.

Dia juga menyifatkan tindakan itu sebagai langkah strategi perniagaan dan tiada kaitan dengan mana-mana konflik.

“Mereka mempunyai kelebihan skill dan kekuatan berpasukan, tetapi prestasi mereka kurang memberangsangkan pada beberapa kejohanan sebelum ini,” tambahnya.

Ping juga menegaskan e-sukan bukan sekadar bermain permainan video, tetapi menitik berat faktor seperti kelakuan (attitude) dan kesefahaman (chemistry).

“MCP musim keempat bakal menjadi medan pertempuran yang sengit apabila sebilangan besar pemain yang beraksi dalam arena kompetitif sebelum ini akan kembali selepas digantung selama setahun oleh Garena Free Fire,” tambah Ping berkaitan situasi semasa pasukan.

Dia berharap pasukan yang digantung sebelum ini dapat meluaskan karier ke arah lebih profesional dengan menyertai mana-mana organisasi e-sukan.

Beberapa pencapaian dikecapi oleh organisasi ini selepas menandatangani pasukan Malaysia, Baby Argon pada Mac tahun lalu. Berikut adalah pencapaian pasukan ini:

  • Tempat ketiga MCP Major S1
  • Tempat keempat Free Fire Malaysia Championship (FFMC) 2021
  • Juara MCP Major S2
  • Tempat ke-10 Asia Championship 2021
  • Tempat ketujuh Free Fire Challenger Series S1 2021
  • Tempat ketiga MCP Major S3

Blacklist International adalah organisasi e-sukan dari Filipina yang sudah bertapak di Malaysia sejak awal tahun 2021 dan kini akan meluaskan lagi pencapaian dengan roster baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

RELATED NEWS

+