SMG berjaya “comeback” untuk perlawanan ketiga. Geek Fam tewas 1-2

Pasukan SMG dan Geek Fam harus bersaing untuk mendapatkan slot di dalam upper bracket playoff

Perlawanan ketiga menyaksikan kedua-dua pasukan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemenangan.

Pasukan SMG lebih kuat di fasa early game, mereka terus mengawal peta dan mengejar objektif.  

Namun begitu, pasukan Geek Fam mula memberikan serangan balas selepas fasa late game tiba. 

Luminous Lord berjaya dicuri oleh pasukan Geek Fam pada minit ke-15 walaupun pasukan SMG memulakan serangan ke atas Lord itu.

Akan tetapi, pasukan SMG berjaya mengawal Luminous Lord itu dari terus menghancurkan base mereka.

Luminous Lord yang terakhir pada minit ke-24 berjaya didapatkan pasukan SMG dan situasi mereka terus bertukar. Mereka berjaya mendapatkan kemenangan tidak lama selepas itu.

 

 

RELATED NEWS

+