Soloz, Fredo dan Penjahat akan bertanding dalam kejohanan amal League of Legends: Wild Rift Pentaboom Showdown

Tiga penghibur penstriman langsung, Mohd Faris Zakaria (Soloz), Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Sofian Sultan (Penjahat) akan bergandingan dengan artis tanah air iaitu Harris Annuar (Hero Remaja) dan Ismail Izzani dalam satu kejohanan amal League of Legends: Wild Rift Pentaboom Showdown peringkat Asia Tenggara.

Kejohanan itu akan menampilkan lapan pasukan dari lima pencipta kandungan terkemuka dan artis dari Kemboja, Indonesia, Filipina, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam pada 12 hingga 13 Disember ini.

Sebanyak AS$60,000 (RM245,000) akan disumbangkan oleh Riot Games Asia Tenggara kepada pelbagai badan kebajikan termasuklah Wings Melaka (badan bukan kerajaan yang membantu kanak-kanak mengalami kecacatan perkembangan).

Mereka juga akan bertanding untuk hadiah terkumpul RM272,000, hadiah dari penaja rasmi Secretlab, Razer serta gelaran agung sebagai pasukan Wild Rift terhebat di seluruh rantau ini.

Ia akan disiarkan secara rasmi dalam Bahasa Melayu di Facebook, Youtube dan Twitch.

Wild Rift sudah dilancarkan dalam fasa beta terbuka tak lama dulu dan akan hadir ke beberapa negara lain Asia Tenggara bermula Disember.

Sumber rujukan: Wild Rift Pentaboom

RELATED NEWS

+