Soloz menang tiga anugerah di Super Gamer Fest 2020

Penghibur penstriman langsung Facebook Gaming nombor satu Malaysia, Mohd Faris Zakaria atau Soloz berjaya menggondol tiga anugerah bagi Malaysia di Super Gamer Fest 2020 yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Anugerah tersebut adalah Pencipta Kandungan Terbaik, Bintang Media Sosial Terbaik dan Streamer Terbaik.

 

 

Tahniah kepada Soloz atas kemenangan ini!

Anugerah Super Gamer Fest 2020 adalah demi mengiktiraf sumbangan dan kejayaan personaliti e-sukan dan gaming serta pemain industri yang terlibat di Asia Tenggara.

Super Gamer fest 2020 dibawakan oleh PVP Esports dan dikuasakan oleh Singtel dan Globe. Ia disokong oleh AIS, Dunia Games, MaxStream, EPOS Audio, Xtrfy, Huawei, Royal Ergonomics, Redbull, Twitch dan Ebenex Live.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+