Gematsu."> Gematsu." /> Gematsu." />

Sony Interactive Entertainment Daftar Tanda Dagang Untuk PS6, PS7, PS8, PS9 & PS10

Sony Interactive Entertainment (SIE) memfailkan tanda dagang untuk PS6, PS7, PS8, PS9 dan PS10 di Jepun demi menjaga potensi nama konsol PlayStation di masa hadapan, menurut laporan dari Gematsu.

Pendaftaran tanda dagang untuk nama konsol ini sudah jadi kebiasaan untuk Sony. Berikut adalah sejarah tanda dagang “PS” di Jepun:

  • PS (tanda dagang daftar di 2000, dilancarkan pada 1994)
  • PS1 (tanda dagang daftar di 1999, dilancarkan pada 2000)
  • PS3 (tanda dagang daftar di 2005, dilancarkan pada 2006)
  • PS4 (tanda dagang daftar di 2006, dilancarkan pada 2013)
  • PS5 (tanda dagang daftar di 2006, dilancarkan pada 2020)

Melihat kepada rekod di atas, Sony sudah siap sedia daftar awal-awal untuk menjamin masa depan PlayStation. Nampak gayanya kita pasti bakal melihat banyak lagi konsol PlayStation dalam jangka masa 20 tahun ke hadapan kerana memandangkan kitaran hidup untuk sesebuah konsol adalah selama 5 tahun.

Konsol terbaru oleh Sony adalah PlayStation 5 yang bakal hadir pada tahun 2020 dan korang boleh baca lebih lanjut tentang PS5 di sini.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+