Sony Mengumumkan PlayStation 4 Terjual Lebih 70 Juta Unit Di Seluruh Dunia

Sony semalam mengumumkan statistik mereka mengenai jualan PS4 dan PS VR di seluruh dunia yang kini mencecah 70.6 juta untuk konsol PS4, 617.8 juta untuk game PS4, 2 juta untuk headset PS VR serta 12.2 juta untuk game PS VR.

Kejayaan ini adalah satu pencapaian terbaru buat Sony dalam masa selama 4 tahun dengan jualan konsol PS4 yang bakal melangkaui jualan keseluruhan PS3 (2006) iaitu sebanyak 80 juta unit.

Microsoft pula tidak mengeluarkan sebarang statistik jualan terkini konsol Xbox One, hanya pada Januari lalu yang mengatakan Xbox One terjual sebanyak 26 juta unit.

Bagaimanapun, jualan konsol PS4 masih belum berjaya menandingi angka jualan konsol permainan video terbanyak iaitu PlayStation 2 (155 juta unit).

RELATED NEWS

+