SoulGamingX, apa cerita pula kali ini?

SoulGamingX baru-baru ini tular di Facebook Gaming kerana kes gangguan seksual dan juga menjadi perhatian komuniti e-sukan di Malaysia.

Malah, laporan polis juga pernah dibuat daripada Yana Samsudin ke atasnya kerana isu ini. Begitu juga dengan beberapa streamer lain yang tidak suka mengenai perbuatan itu sekali gus menyelar streamer ini.

Tidak cukup dengan itu, kali ini satu rakaman video di Twitter dimuat naik atas kata-kata ejeken dan memburukkan rakyat negeri Sabah.

SoulGamingX mengatakan “Orang Sabah memang kuat menganjing eh, mantaplah geng”.

Pada penghujung video itu, beliau mengatakan “Sebab aku tak suka orang menganjing ni, taulah orang Sabah. Memang orang Sabah kuat menganjing. Yang menyanyi-nyanyi yang tu pun orang Sabah kan. Biasalah orang sabah memang kuat menganjing”.

Apa yang sudah berlaku dengan SoulGamingX?

Sumber rujukan: hyprgame

Foto: Facebook 

RELATED NEWS

+