BTR RA masih kekalkan kembar, Miseryy yang seterusnya masuk

Selepas membuat video acah di Youtube, kini Bigetron RA PUBG Mobile mengumumkan satu lagi pemain baru iaitu Miseryy yang menyertai skuad itu selepas kembar, Zuxxy dan Luxxy dikekalkan.

Miseryy dulunya bermain untuk skuad ION Esports yang kini dibubarkan.

Walaupun kembar dikatakan ‘burnout’ dalam video pertama namun ia hanyalah kiasan saja dan kini tinggal dua lagi pemain belum diumumkan.

Dalam temubual bersama MyGameOn sebelum berangkat ke Sukan SEA 2021 dulu, uHigh pernah mengatakan dia akan kekal dalam lineup. Jika tiada perubahan maka dua lagi Alien adalah uHigh dan seorang lagi pemain misteri. 

Netizen Indonesia turut mengacah pemain lama mereka, Ryzen mungkin kembali bermain.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Selepas ketiadaan JangS, BTR RA menggunakan khidmat jurulatih baharu, La Flame yang menyertai skuad ini awal Jun lalu.

RELATED NEWS

+