Dingoz E-Sports mendedahkan barisan pemainnya untuk PMPL MYSGPH S5

Dingoz E-Sports adalah pasukan PUBG Mobile yang agak berbisa dalam ekosistem kompetitif permainan itu di Malaysia.

Walaupun ahli pasukan tetap berubah-ubah, pasukan itu tetap berada di kedudukan yang terbaik. Menjelang PUBG Mobile Pro League (PMPL) musim seterusnya, Dingoz E-Sports mendedahkan barisan pemain pasukannya untuk musim akan datang.

Pasukan itu akan diketuai oleh DoZPamiz selaku IGL Dingoz E-Sport. Pasukan itu juga akan dilengkapi rusher iaitu DoZBaby Kim dan DoZRiki. Selain mereka, DoZIboy2k dan DoZAteh2k juga akan bersama pasukan itu. Akhirnya, DingoZ E-Sports dilengkapi ahli ke-enam iaitu DoZItsKido.

Secara ringkas, inilah barisan pasukan yang bakal bertarung di PMPL MYSGPH Musim 5:

  • DoZPamis
  • DoZBaby Kim
  • DoZRiki
  • DoZIboy2k
  • DoZAteh2k
  • DoZItsKiddo

Semoga pasukan dapat menunjukkan prestasi yang terbaik dalam liga ini yang akan bermula pada bulan Mac nanti.

Sumber rujukan: Dingoz E-Sports

RELATED NEWS

+