IGN SEA bakal membawa pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diterajui wanita dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia."> IGN SEA bakal membawa pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diterajui wanita dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia." /> IGN SEA bakal membawa pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diterajui wanita dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia." />

Squad Up Athena – Pertandingan MLBB diterajui wanita pertama dari IGN SEA dengan prizepool lebih RM20,000

Buat julung kalinya IGN SEA bakal membawa pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diterajui wanita dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Squad Up Athena dianjurkan oleh IGN SEA untuk memperkasakan wanita dalam e-sukan terutamanya di Asia Tenggara.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Nama Athena ini digunakan bersempena dengan nama Athena dari mitologi Greek yang sudah menjadi ikon dewi peperangan dan kebijaksanaan.

Terdapat 24 pasukan bakal berentap untuk perlawanan antarabangsa dan 12 daripada 24 pasukan itu dijemput sendiri oleh para creators Facebook.

Pusingan kelayakan akan bermula pada 18 sehingga 20 Disember ini.

Bagi memeriahkan lagi Squad Up Athena, creators yang menyertai pertandingan ini juga bakal berentap dalam perlawanan persahabatan pada 21 Disember nanti.

Peringkat kebangsaan perlawanan akan bermula pada 7 Januari 2022 untuk Malaysia dan Singapura, 8 Januari di Indonesia dan 9 Januari bagi FIlipina.

Peringkat antarabangsa pula akan bermula pada 15 Januari 2022 di mana pasukan yang layak bakal berlawan.

Tidak dilupakan juga jumlah wang hadiah terkumpul dari setiap region adalah RM20,000 dan lebih menakjubkan RM40,000 untuk finals antarabangsa.

Bagi sesiapa yang berminat anda boleh mendaftarkan pasukan anda di laman sesawang ini:

Daftar sekarang!

MY/SG – https://bit.ly/athenamysg

ID – https://bit.ly/athenaid

PH – https://bit.ly/athenaph

Peraturan Pertandingan: https://bit.ly/athenarules 

RELATED NEWS

+