dijanjikan sebelum ini oleh pembangun siri Titanfall dan Apex Legends, Respawn Entertainment."> dijanjikan sebelum ini oleh pembangun siri Titanfall dan Apex Legends, Respawn Entertainment." /> dijanjikan sebelum ini oleh pembangun siri Titanfall dan Apex Legends, Respawn Entertainment." />

Star Wars Jedi: Fallen Order – Saksikan Video Gameplay Pertama Kali Didedahkan Di EA Play 2019

Star Wars Jedi: Fallen Order menampilkan video gameplay buat julung kali kepada semua pemain seperti yang telah dijanjikan sebelum ini oleh pembangun siri Titanfall dan Apex Legends, Respawn Entertainment.

Saksikan video gameplay berdurasi 15 minit untuk game Star Wars terbaru di bawah:

Dalam demo gameplay ini, korang akan ikuti perjalanan Cal Kestis dilakonsuara oleh Cameron Monaghan (Joker dalam siri TV, Gotham) menyusup masuk pengkalan Imperial dibantu oleh ketua kumpulan Rebel, Saw Gerrera yang muncul dalam filem Rogue One: A Star Wras Story. Cal juga ditemani oleh robot ciliknya, BD-1 (sama seperti BB-8 atau R2D2) yang menolong protagonis sepanjang masa. 

Selepas kejadian Order 66 yang berlaku dalam Star Wars Episode III: Revenge of the Sith, Cal masih lagi dalam fasa Padawan berubah menjadi Jedi dan mempunyai kebolehan Force seperti baling lightsaber, menolak, menarik, memperlahankan masa untuk capai ke tempat-tempat tertentu serta mampu panjat dinding seperti yang pernah muncul dalam siri Titanfall.

Buat pertama kali, Star Wars Jedi: Fallen Order tidak akan menyuruh pemain untuk memilih antara Light dan Dark (baik atau jahat) dalam jalan cerita.

Menurut CEO Respawn, Vince Zampella, terdapat ada lagi perkara baru bakal didedahkan untuk game ini semasa persidangan Microsoft di E3 2019 yang mana korang boleh saksikan pada 10 Jun, pukul 4 pagi.

Star Wars Jedi: Fallen Order bakal dilancarkan pada 15 November di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+