Final Fantasy VII Remake Mengembangkan Cerita Berkisarkan Midgar – Tarikh Pelancaran 2020

Sebenarnya ramai yang menunggu Final Fantasy 7 Remake untuk didedahkan dan hari ini di persidangan E3 2019, ia kelihatan sangat cantik dan berbaloi ditunggu!

Square Enix menunjukkan bagaimana perlawanan dilakukan dalam aksi nyata (real-time), tapi pada masa yang sama korang boleh pause aksi itu untuk aturkan aksi/tindakan lain dari ahli kumpulan. 

Dalam trailer panjang ini, korang akan diperkenalkan kepada Tifa, karakter badass yang menjadi ikon dalam game ini selama ini.

Square juga umumkan FFVII akan hadir dalam bentuk dua CD Blu-ray yang mana episod pertama akan memfokuskan kepada Midgar. Ia akan dilancarkan pada Mac 2020.

Artikel berkaitan: FFVII Remake 

 

 

RELATED NEWS

+