Starlight December memaparkan Skin Brody

Starlight adalah salah satu bentuk battle pass yang dikeluarkan oleh permainan peranti mudah alih Mobile Legends. Starlight akan memberikan kelebihan kepada pembeli seperti Starlight skin, hero percuma dan banyak lagi.

Setiap kali bulan baru tiba, pasti para peminat menantikan apakah skin starlight di bulan itu. Untuk bulan Disember nanti, Moonton memberikan pautan video atau teaser untuk Starlight skin itu.

Pada bulan Disember nanti, anda akan mendapat Starlight Skin Brody yang dikenali sebagai Lethal Fang. Ia memfokuskan warna ungu sebagai pilihan untuk effect kemahiran dan juga serangan biasa.

Jika anda melihat pautan video di atas, Starlight skin kali ini memberikan effect yang cantik untuk kemahiran digunakan Brody. Ia nampak lebih ganas dan menggerunkan.

Bagi peminat Brody di luar sana, anda boleh mendapatkan skin ini pada bulan Disember nanti untuk menambahkan lagi koleksi skin Brody anda.

Foto: MLBB

RELATED NEWS

+