YouTube dan Twitch."> YouTube dan Twitch." /> YouTube dan Twitch." />

State of Play akan kembali pada 7 Ogos

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa sebuah siaran langsung State of Play akan diadakan pada 7 Ogos ini pada waktu 4AM (waktu Malaysia). Siaran langsung ini boleh ditonton di YouTube dan Twitch.

State of Play kali ini tidak akan mengongsikan apa-apa maklumat baharu mengenai konsol PlayStation 5 (PS5) dan kemaskini mengenai PlayStation Studios. Ia hanya akan memberi fokus kepada beberapa permainan video yang akan dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) dan PS5.

Siaran langsung ini bertempoh lebih daripada 40 minit dan ia akan menunjukkan pelbagai video permainan serta kemaskini mengenai judul-judul yang dipertunjukkan dalam siaran langsung PS5: The Future of Gaming.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+