State of Play PlayStation diumumkan dengan fokus kepada Deathloop, permainan Indie dan lain-lain

Sony mengumumkan acara State of Play akan diadakan pada esok, 8 Julai 2.00pm PT (9 Julai, 5AM waktu Malaysia) yang akan difokuskan kepada Deathloop, permainan indie dan tajuk-tajuk lain.

Pengumuman yang dibuat melalui PlayStation.Blog, peminat Deathloop akan disajikan dengan dunia Deathloop selama 9 minit. 

Sony juga menyatakan semasa State of Play nanti tiada kemas kini  God of War, Forbidden West seterusnya atau generasi baru PlayStation VR. “Tunggu sepanjang musim panas ini, kerana banyak lagi kemas kini yang menanti.”

Deathloop adalah permainan daripada Arkane Studios (syarikat milik Microsoft) dan Bethesda Softworks, yang sebelum ini ditangguh dan ia dijangka akan dilancarkan di PlayStation 5 dan PC pada 14 September ini. 

RELATED NEWS

+