Steam Deck atau Nintendo Switch OLED? Ini pilihan gamers di Asia

Pengaruh Nintendo dalam konsol boleh pegang kini sedikit terganggu selepas pengenalan Steam Deck oleh Valve. 

Dengan pengumuman oleh kedua-dua konsol boleh pegang ini, pemain game di seluruh dunia kerap membandingkan antara dua peranti ini. 

Dengan Switch OLED yang akan keluar ke pasaran dahulu , iaitu pada Oktober dan Switch sudah pun terkenal, Steam Deck berpotensi untuk menenggelamkan Nintendo dengan kandungan permainan mereka dan jumlah pengguna mereka yang ramai.

Oleh hal demikian, satu pengagregat e-dagang, iPrice Group melakukan tinjauan untuk mengetahui minat pemain permainan daripada pasaran utama Asia iaitu, Indonesia, Vietnam, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia serta negara serantau iaitu Taiwan, Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan.

Hasil tinjauan dalam kalangan 10 buah negara itu menunjukkan Steam Deck hanya memperoleh jumlah carian tiga kali lebih rendah berbanding Nintendo Switch OLED sepanjang Julai.

Sementara itu, Hong Kong, Singapura dan Taiwan dilihat mempunyai jumlah minat yang sama terhadap kedua-dua konsol ini di mana Steam Deck dan Nintendo Switch OLED dengan ratio minat 60/40 . Jepun sahaja mempunyai carian minat lapan kali lebih banyak berbanding Switch OLED. 

Perkara yang mengejutkan yang dijumpai melalui tinjauan ini, pengguna Asia Tenggara menunjukkan keterujaan terhadap konsol daripada Valve ini. Bagi Indonesia sahaja, carian minat Steam Deck sahaja mencecah 84 peratus berbanding Switch OLED.

Bagi Filipina, Thailand dan Malaysia, jumlah carian Steam Deck adalah dua kali lebih banyak berbanding Switch OLED. Menurut tinjauan, carian Google untuk Steam Deck lebih 2.6 kali lebih banyak berbanding Switch OLED bagi Asia Tenggara sahaja.

Tinjaun iPrice juga menunjukkan kandungan permainan rentas platform Steam Deck juga menjadi faktor kepada populariti dengan kandungan permainan Steam sahaja mempunyai jumlah permainan rentas platform yang banyak iaitu 172 permainan.

Manakala, Nintendo Switch hanya mempunyai 61 permainan yang menyokong rentas platform ini yang mana ditawarkan oleh permainan pihak ketiga iaitu, Dauntless, Fortnite dan Rocket League.

Rentas platfrom sudah pasti menjadi semakin popular di mana pembangun dan penerbit perlu memandang ini sebagai masa depan. Namun, masih tiada jawapan yang sama ada ini akan menjadi faktor utama kejayaan Steam Deck kelak.

Walau apa pun, dengan pelancaran dua konsol boleh pegang ini memberikan keterujaan di dalam kategori konsol. Dengan hasil tinjauan ini memperlihatkan pemain permainan Asia Tenggara telah membuat pilihan mereka bagi konsol boleh pegang. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh, sila layari SINI.

RELATED NEWS

+