Steam Global kini diharamkan di China

Steam Global kini telah diharamkan di China.

Menurut laporan dari TheGamer, hanya Steam versi China sahaja yang masih boleh digunakan.

Apa yang menyedihkan Steam versi China hanya mempunyai 103 permainan video sahaja dari 110,00 permainan video yang ada di Steam Global.

Seorang leaker Fortnite dan data miner Rocky Owens menyedari perkara ini dan Steam menjadi salah satu laman sesawang yang telah diharamkan di China.

Pengharaman ini membuat ramai para pemain China hanya mempunyai akses ke Steam China sahaja.

Antara permainan popular yang ada adalah Dota dan Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO).

Steam China juga tidak mempunyai fungsi komuniti termasuk Steam Workshop, Community Market, forum diskusi, seksyen aktiviti dan tempat mengadakan sesi siaran langsung.

Semua ini berpunca dari peraturan dan undang-undang baru dari China bagi mengekang masalah permainan video.

RELATED NEWS

+