Steam Summer Sale 2019: Sertai Perlumbaan Grand Prix & Nikmati Diskaun Game Serendah 97 Peratus

Selamatkan dompet korang kerana Steam Summer Sale meragut duit korang!

Jualan tahunan Steam kembali lagi dengan mini game yang berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini iaitu perlumbaan Grand Prix.

Cara untuk bermain mini game ini adalah memilih pasukan perlumbaan terdiri daripada 5 haiwan. Untuk memenangi Grand Prix, korang perlu menyumbangkan mata dalam perlumbaan ini. Mata-mata ini boleh didapatkan melalui pembelian game di Steam dan menyiapkan senarai quest untuk game wujud dalam library Steam atau game-game terpilih.

Kalau pasukan termasuk dalam tiga tangga teratas perlumbaan ini, korang berpeluang untuk memenangi game daripada wishlist korang!

Seperti biasa, hampir kesemua game mendapat potongan diskaun sebanyak 97 peratus! Berikut adalah senarai game popular terkini yang korang harus beli:

  • Devil May Cry 5RM139  RM91.74
  • Assassin’s Creed OdysseyRM204.50 RM104.50
  • Two Point HospitalRM100 RM50
  • Monster Hunter WorldRM139 RM69.50
  • Sekiro: Shadows Die TwiceRM219 RM175.20
  • The Witcher 3: Wild HuntRM129 RM38.70
  • Borderlands: The Handsome CollectionRM577 RM15.33
  • PlayerUnknown’s BattlegroundsRM74.99 RM37.49
  • Insurgency: SandstormRM69.00 RM48.30
  • A Plague Tale: InnocenceRM109 RM81.75
  • Eximius: Seize the FrontlineRM51 RM25.50
  • A Dance of Fire and IceRM10.50 RM7.87

Steam Summer Sale telah bermula pada hari ini (26 Jun) sehingga 10 Julai.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+