Steel kini IGL untuk pasukan T1 VALORANT

Selepas digugurkan daripada barisan roster VALORANT 100Thieves beberapa bulan lalu, Joshua “Steel” Nissan kini berkhidmat di dalam roster T1 VALORANT sebagai In-Game Leader (IGL).

Steel kemungkinan akan menggantikan posisi Rahul ‘curry’ Nemani yang merupakan IGL bagi T1 sekarang.

David Denis, Jurulatih T1, menyatakan “Josh mempunyai rekod yang memberansangkan sebagai IGL. Kami benar-benar mahukan ketua yang kuat, suara yang lantang dan seorang yang boleh membawa banyak hala tuju untuk pasukan,”

Bagi Steel pula dia kini mengutamakan kemunculannya di VCT musim 2022. 

“Perkara utama ialah VCT musim 2022 dan memastikan kami adalah juara bagi Champions tahun depan. Kami lalukan segala perkara yang kami perlukan dan percayakan proses itu.”

Sumber: Dexerto.

TAGS

RELATED NEWS

+