STRAY: Simulasi kucing era Cyberpunk akan hadir tahun depan

BlueTwelve Studio menunjukkan gameplay pertama STRAY. Ia adalah permainan video simulasi di mana pemain bermain sebagai seekor kucing.

Anda juga akan mngembara di dalam bandar-bandar futuristik yang dipenuhi robot berbentuk manusia.

Sebagai seekor kucing anda perlu menyelesaikan beberapa teka-teki dan juga mengembara jauh di dalam dunia yang tidak boleh didiami.

Anda adalah seekor kucing yang telah terjatuh ke bandar yang sunyi dan telah dilupakan.

Stray on Steam

Terpisah dari keluarganya dan tercedera, anda perlu bertahan dan mengembara di dalam persekitaran baru ini.

Anda juga akan mendapat seorang kawan dron yang dipanggil B-12. Dron ini akan mengikuti dan membantu anda dalam pengembaraan.

New gamemplay from Stray, the sci-fi adventure starring a cat - PlanetSmarts

Stray bakal hadir ke PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC awal tahun 2022 depan.

RELATED NEWS

+