Strimer Twitch ItsSliker lakukan penipuan RM800,000 untuk berjudi kasino online

Bekas ahhli Team Liquid ItsSliker kini dalam kontroversi besar apabila menipu dalam jumlah yang sangat besar iaitu ASD$200 ribu (RM800 ribu) dari peminat dan pengikut untuk berjudi.

ItsSliker dikatakan ketagih dengan kejudian.

Dia telah menipu ramai lagi orang lain termasuk beberapa pencipta kandungan yang lain.

“Saya pernah berjudi duit yang banyak. boleh dikatakan semua wang Twitch saya,” ujar ItsSliker ketika permohonan maafnya.

Malah dua pencipta kandungan besar juga terlibat dalam perkara ini iaitu xQc dan Trainwreck.

Trainwreck dikatakan memberi RM400 ribu kepada ItsSliker.

“Ini yang perjudian buat kepada saya.”

Semua ini berlaku apabila seorang pengguna Twitch dengan nama Mikelpee mengongsikan video ItsSliker meminta duit.

Pencipta kandungan Lukeafk juga ditipu dengan memberi ItsSliker sebanyak $27 ribu (RM 108 ribu).

ItsSliker mengatakan dia telah kehilangan lebih RM 8 juta bermain kasino atas talian.

XQc dan Ludwig mengatakan mereka bakal membantu orang-orang yang telah ditipu oleh ItsSliker.

RELATED NEWS

+