Studio Striking Distance Ditubuhkan Oleh PUBG Corp – Projek Baru Sedang Diusahakan

Glend Schofield, pengasas bersama Sledgehammer Games dan Visceral Games yang bertanggungjawab dengan penghasilan Dead Space dan Call of Duty: WWII hari ini umum menyertai PUBG Corp.

Beliau akan menubuhkan satu studio baru dipanggil “Striking Distance” yang memfokuskan kepada game AAA. Yang menarik, beliau dah pun ada pelan untuk projek pertamanya.

Perhatikan video di bawah yang mana Schofield bercerita mengenai ideanya untuk studio itu.

Bagaimanapun, beliau juga berkata projek terbaru itu bukanlah sekuel kepada PUBG dan beliau juga tak mengesahkan sama ada ia ada kaitan dengan PUBG ataupun tidak.

Seperti yang kita tahu, PUBG tidak mempunyai lore ataupun jalan cerita yang konkrit dan hanya memfokuskan kepada gameplay. Mungkin menarik kalau studio baru ini boleh mencipta satu permainan yang akan membawa pemain meneroka naratif baru dalam dunia PUBG.

RELATED NEWS

+