Sakit hati dengan game, lelaki dipenjara 62 tahun kerana bunuh anak

Seorang bapa yang berusia 22 tahun di Pennsylvania, Amerika Syarikat dikenakan hukuman 31-62 tahun kerana membunuh anak perempuan kecil akibat marah bermain permainan video.

Zion Shockley, mengaku bersalah membunuh anaknya pada tahun 2018 yang cuma berusia lima bulan ketika itu.

Ibu kepada bayi itu memberitahu penyiasat pada 9 Februari lepas yang dia meninggalkan anaknya bersama suami yang tinggal bersama datuknya di Harmony Street.

Ibunya sudah membuat panggilan video dan melihat anaknya sedang tidur.

Shockley pada 10 Februari sedang bermain permainan video dan menerima banyak komen menghina ketika bermain Call of Duty. Akibat marah, dia bertindak melambung anaknya ke udara dan menggoncang anaknya hampir 1 minit.

Tindakan ini membuat bayi itu tidak memberi respon dan apabila datuk kepada Shockley masuk ke dalam dan sedar akan situasi ini, terus menelefon hospital.

Bayi itu kemudian dikerahkan ke Hospital Brandywine dan disahkan meninggal di hospital pada 12 Februari.

“Trauma yang dibuat terhadap bayi 5 bulan itu adalah tidak tercapai dek akal, terutama apabila bapanya marah akibat bermain permainan video,” ujar pendakwa raya Deb Ryan.

“Tiada kanak-kanak yang patut mengalami apa yang bayi ini hadapi.” tambahnya lagi.

Situasi ini mungkin berlaku di luar negara namun kita di Malaysia perlulah sentiasa menjaga emosi dan tidak melepaskan kemarahan kepada sesiapa terutamanya insan tersayang.

RELATED NEWS

+