MGO Lunchtime Cup pada hari Khamis setiap minggu dari 12PM sehingga 1PM. Bermula pada minggu ini, kejohanan tersebut akan menerima tajaan daripada Subway Malaysia!"> MGO Lunchtime Cup pada hari Khamis setiap minggu dari 12PM sehingga 1PM. Bermula pada minggu ini, kejohanan tersebut akan menerima tajaan daripada Subway Malaysia!" /> MGO Lunchtime Cup pada hari Khamis setiap minggu dari 12PM sehingga 1PM. Bermula pada minggu ini, kejohanan tersebut akan menerima tajaan daripada Subway Malaysia!" />

Subway Malaysia Menjadi Penaja MGO Lunchtime Cup, Hadiah Kemenangan Dinaikkan Ke RM1,000

Bermula dari dua minggu lepas, MyGameOn menganjurkan kejohanan MGO Lunchtime Cup pada hari Khamis setiap minggu dari 12PM sehingga 1PM. Bermula pada minggu ini, kejohanan tersebut akan menerima tajaan daripada Subway Malaysia!

Ini merupakan kerjasama pertama daripada pihak Subway Malaysia dalam industri e-sukan. Untuk memeriahkan lagi MGO Lunchtime Cup, Subway Malaysia menaikkan hadiah kemenangan maksima daripada RM500 ke RM1,000.

Untuk minggu ketiga ini, MGO Lunchtime Cup akan disertai oleh seorang pengacara yang dikenali dalam dunia e-sukan iaitu ChuChu Gaming. Beliau pernah main DOTA 2 secara profesional dan kini menjadi pengulas PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, hadiah kemenangan tersebut bergantung kepada jumlah penonton serentak (concurrent viewers) di livestream MGO Lunchtime Cup. Jika jumlah penonton serentak mencecah ataupun melebihi 1,000, pemenang perlawanan PUBG Mobile Solos akan memenangi RM1,000.

Penonton livestream juga berpeluang memenangi hadiah melalui giveaway yang diadakan pada penghujung livestream. Sebagai penonton, anda hanya perlu melakukan perkara-perkara berikut untuk menyertai giveaway:

  • Like livestream MGO Lunchtime Cup
  • Share livestream MGO Lunchtime Cup
  • Meletakkan hashtag berikut dalam post share anda semasa livestream:
    • #LunchtimeCup
    • #LTC3 (nombor “3” bermaksud minggu ketiga, perlu diubah setiap minggu),
    • #GameOnwithSubway

Sebelum ini, setiap livestream hanya akan mempunyai dua orang penonton yang memenangi giveaway. Dengan tajaan Subway Malaysia, kini lima penonton berpeluang memenangi giveaway!

Lima penonton yang dipilih di penghujung livestream akan memenangi wang tunai RM100 dan tiga baucar Subway Malaysia daripada Foodpanda bernilai RM30 setiap satu.

Jika anda menjadi salah seorang pemenang bertuah giveaway, anda boleh menggunakan baucar-baucar tersebut untuk membeli sandwic baharu yang dikeluarkan oleh Subway Malaysia! Antaranya ialah Smoky Chicken with Hot Pepper Sauce dan Bulgogi Chicken with Mozarella Cheese yang disediakan dengan sos bulgogi korea.

Ini menunjukkan Subway Malaysia kini menjadi lebih peka terhadap industri e-sukan tanah air dan mahu membawa sesuatu yang segar kepada para peminat gaming dan e-sukan di Malaysia.

Walaupun Subway Malaysia terkenal sebagai francais makanan segera, sandwic yang disediakan oleh mereka tetap memberikan anda pilihan untuk menjadikan juadah anda lebih seimbang dan menyihatkan. 

Ini menjadikan sandwic mereka juadah yang sesuai untuk sesiapa sahaja pada bila-bila masa termasuklah ketika menonton livestream e-sukan ataupun apabila berehat selepas sesi gaming yang menyeronokkan. Ramadhan akan tiba tidak lama lagi dan ia juga sesuai dijadikan juadah berbuka puasa.

Kebebasan untuk memilih dan mengubahsuai pesanan sandwich anda juga merupakan salah satu keistimewaan yang masih boleh digunapakai apabila membuat pesanan melalui perkhidmatan penghantaran seperti Foodpanda.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang perisa-perisa dan sandwic terbaru daripada Subway Malaysia serta tawaran-tawaran istimewa, anda boleh rujuk laman Facebook Subway Malaysia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+