“Sukar bagi saya untuk bentuk pasukan sebagai IGL” – 2Fast (Expand)

Ketua pasukan atau In-Game Leader pasukan Free Fire Expand, Putera Iskandar Zulkarnain (2Fast) akui memikul tugas yang berat dipikul sepanjang enam bulan bersama.

“Kebanyakan ahli pasukan sudah main bersama sudah tiga musim, tetapi mahu mengarahkan mereka agak sukar,” ujarnya.

Tambahan lagi, kehadiran pengurus pasukan iaitu ibunya tampak memberi impak positif kerana mampu menjadi perantara disetiap perbincangan pasukan. 

“Kami buktikan tiada yang mustahil, kami berjaya meraih hasil yang positif iaitu juara MCPS Majors peringkat dan naib johan (MCPS Majors) musim keempat,” komen 2Fast ketika dihubungi MyGameOn. 

Di samping itu, dia berpendapat pasukan yang akan dihadapi pada Siri Dunia Play-Ins agak ‘keras’ seperti LGDS (Taiwan), RRQ Kazu (Indonesia) dan EVOS Phoenix (Thailand) kerana penuh dengan pengalaman.

“Saya berharap dapat berikan saingan terbaik dan mampu layak Grand Final FFWS,” hasratnya.

RELATED NEWS

+