Ramai yang berkata esports sepatutnya berada dalam liga tersendiri tapi jika ia dimasukkan dalam acara sukan yang besar, pastinya impak pun besar dan mampu tunjukkan pada peminat sukan yang bermain game secara kompetitif boleh menjadi satu cabang industri baru.
Dalam laporan yang dipetik daripada Utusan Online pada hari Sabtu lepas, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ingin esports dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, tahun depan.
“Pasaran esports besar. Saya tak mahu Malaysia ketinggalan sebaliknya kita bakal memimpin gerakan ini di Asia Tenggara.
“Sebab itu kita mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil kementerian baru-baru ini dan saya akan berjumpa Menteri Belia dan Sukan negara ASEAN lain untuk bincangkan agar hasrat ini dapat direalisasikan,” katanya dalam satu sidang akhbar.
Saddiq juga mengatakan ASEAN adalah rantau yang paling berkembang untuk pasaran esports.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan ini bercakap mengenai stadium e-sukan dengan kerjasama AirAsia. Korang boleh baca artikel itu di pautan di bawah.
Baca lanjut: Esports Centre Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat