Tanpa V33 dan Wise, Blacklist gagal lolos ke Playoff

Selepas berakhir peringkat liga MPL PH musim ke-9, dua pasukan yang pernah menjuarai musim keenam dan juga juara back to back gagal ke playoff.

Blacklist International dan juga Bren Esports tersingkir dan berita ini sangat mengejutkan penyokong kedua-dua pasukan ini.

Terdahulu, pasukan Blacklist International mengumumkan bahawa Wise dan V33 akan berehat dari arena kompetitif MLBB bagi memfokuskan waktu terluang dengan keluarga mereka.

Perbezaan mata mereka dengan pasukan Omega Esports sangat ketara di minggu terakhir.

Pasukan RSG PH berjaya membuktikan mereka adalah pasukan terbaik peringkat liga dengan pengumpulan mata sebanyak 31.

Adakah anda juga menyangkakan perkara ini berlaku? Pasukan manakah yang akan muncul juara dan mewakili Filipina di MSC 2022 nanti? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+