Square Enix mahu beri fokus pelbagai pelantar untuk francais besar mereka

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Square Enix baru-baru ini mengumumkan mereka bakal menukar strategi perniagaan mereka untuk memberi fokus kepada pelbagai pelantar bagi francais besar mereka.

Pengumuman ini dibuat dalam laporan tahunan mereka dalam tahun fiskal 31 Mac lepas.

Penukaran ini boleh dikatakan adalah sangat besar buat Square Enix.

Sebagai contoh, Final Fantasy XVI dan Final Fantasy VII Rebirth adalah eksklusif untuk pelantar PlayStation yang akan datang ke PC tetapi dalam jangka masa yang lama.

Tetapi hak eksklusif ini bakal diberhentikan untuk memberi fokus kepada pelancaran pelbagai pelantar.

Syarikat itu juga dalam inisiatif untuk membawa lebih ramai lagi pemain PC.

Mereka juga sedang mencari inisiatif untuk tidak lagi mengharapkan tawaran penerbitan dan pemasaran seperti dengan PlayStation sahaja.

Tambahan lagi, mereka juga merancang untuk meluaskan lagi rentas media dengan membawa divisyen baharu untuk pemasaran baru, format media dan peluang perlesenan untuk harta intelek mereka.

Square Enix juga kerugian sebanyak AS$ 220 juta (RM1.04 bilion) selepas membatalkan beberapa projek yang sedang berjalan.

Bagi permainan video HD, Square Enix bakal memberi fokus untuk pelbagai pelantar seperti Nintendo ,PlayStation, Xbox dan PC.

Amat menarik untuk melihat bagaimana fokus baharu ini akan mempengaruhi bagaimana para pemain di luar sana menerima pengeluaran permainan video dari Square Enix nanti.

RELATED NEWS

+