Bukanlah satu kejutan apabila God of War terjual dengan begitu banyak. 3.1 juta unit dalam masa 3 hari saja. Hebat!
Itulah penangan Kratos dan Atreus dalam entri terbaru ini. Dalam satu artikel dari blog PlayStation Sony Interactive Entertainment, mereka mengumumkan berita baik ini.
God of War has sold 3.1 million units in 3 days making it the fastest selling PS4 exclusive
For some comparisons. Uncharted 4 sold 2.7m units in 1 week. Horizon Zero Dawn sold 2.6m units in two weeks. The Last of Us shipped 3.4m units in 3 weeks on PS3https://t.co/OINAFV1qIi
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) May 3, 2018
Kejayaan ini menandakan rekod baru bagi God of War sebagai permainan terlaris yang eksklusif dijual untuk PS4. Game popular sebelum ini iaitu Uncharted 4 mencatatkan 2.7 unit terjual dalam seminggu, Horizon Zero Dawn (2.6 juta unit) dalam masa dua minggu. The Last of Us yang terkenal dengan konsep ayah dan anak juga mengambil masa 3 minggu bagi meraih 3.4 juta unit jualan.
Nampaknya fenomena PUBG dan Fortnite tak mengalih perhatian rata-rata gamers yang masih sukakan permainan berkonsepkan pengembaran dan pastinya peminat semua menggemari watak Kratos yang tidak lagi 1 dimensi. Dari pendendam yang tiada personaliti yang konkrit, Kratos bertukar sepenuhnya menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab dan buat pertama kalinya merendahkan ego bagi bertoleransi dengan anaknya, Atreus.