Tarikh Pelancaran Resident Evil 3 Remake Tertiris, Tapi Bukan Dibangunkan Oleh Capcom

Selepas kejayaan Resident Evil 2, nampaknya ramai betul orang ternantikan kalau Nemesis akan mendapat remake yang sama.

Mengikut info tertiris baru-baru ini, kemungkinan besar Resident Evil 3 remake sedang dibangunkan tapi ia bukan dari Capcom. Menurut AestheticGamer yang terkenal dengan pembongkaran info awal berkenaan Resident Evil, ia bukan dibangunkan dari studio sama membangunkan REmake 2 dan bukan dari Capcom sendiri. Malah tarikh pelancarannya adalah seawal 2020.

Walaupun tiada info siapa yang akan membangunkan permainan ini tapi studio yang bertanggungjawab itu mempunyai track record yang menarik. Setakat ini, ia hanyalah khabar angin dan tiada maklumat yang sahkan perkara ini termasuk Capcom sendiri.

Kemungkinan untuk Capcom outsource pembangunan francais Resident Evil bukanlah mustahil dan ia menarik untuk disaksikan apa produk akhirnya dipersembahkan kepada peminat nanti.

 

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+