Team Haq akan menemani Todak di M4

Perlawanan penentuan untuk slot terakhir Kejohanan Dunia M4 menyaksikan Team Haq dan Orange Esports akan bertarung di antara satu sama lain. 

Team Haq berjaya mendahului skor 2-1 setakat ini dan mereka hanya memerlukan 1 sahaja lagi kemenangan untuk mara ke peringkat akhir bagi menentang pasukan Todak yang menunggu mereka.

Namun begitu, pasukan Orange Esports tidak mudah mengalah dan mereka cuba untuk memberikan saingan terbaik di perlawanan keempat.

Orange Esports menukar strategi dengan memberikan tekanan kepada Exp Lane.

Mereka sedar bahawa Esmeralda akan menjadi satu ancaman yang besar kepada mereka di fasa akhir permainan.

Akan tetapi, Team Haq bijak mengawal situasi dengan melakukan rotasi bagi mendapatkan objektif dengan menumbangkan turtle.

Team Haq meneruskan dominasi mereka selepas memenangi perlawanan di minit ke-9.

Lord berjaya didapatkan dengan mudah oleh Team Haq namun push bersama Lord kurang berjaya akibat Minnn ditumbangkan sewaktu cuba untuk membuka peta.

Pertarungan di Lord Pit pada minit ke-17 menyebelahi Team Haq dan mereka mengambil peluang untuk melakukan push dan memenangi perlawanan.

Syabas diucapkan kepada Team Haq, mereka menjadi pasukan kedua untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Dunia M4 pada bulan Januari nanti.

Team Haq akan bertemu dengan Todak pada esok hari bagi menentukan pasukan manakah menjadi juara MPL MY musim ke-10.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+