Team Haq berada di zon penyingkiran MPL MY Musim ke-11

Penyandang juara MPL MY, Team Haq kini berada di dalam zon penyingkiran selepas tamatnya minggu ketiga.

Hal ini adalah selepas kekalahan 2-0 terhadap pasukan baru iaitu Madness Esports.

Walaupun turun dengan barisan juara ketika musim ke-10, namun Madness Esports berjaya melakukan counter draft terhadap Team Haq.

Madness Esports tampil dengan draft yang sama dan hanya menukar hero di Exp Laner mereka.

Bukan itu sahaja, pemilihan Diggie di dalam kedua-dua perlawanan merencatkan draft bekas juara MPL MY itu.

Akhirnya, Madness Esports mengutip 3 mata berharga sekaligus keluar daripada zon penyingkiran.

Team Secret yang masih tiada mata dan tewas semua perlawanan pada minggu ketiga menemani Team Haq di zon penyingkiran.

Team Haq bakal menghadapi tugasan yang berat pada minggu keempat apabila mereka akan berlawan dengan dua pasukan yang mula menjumpai rentak iaitu Team Lunatix dan Red Esports.

RELATED NEWS

+