Team Haq terus mara, RED Esports tersingkir

Perlawanan terakhir di hari kedua peringkat playoff MPL MY musim ke-10 menyaksikan pasukan RED Esports menentang pasukan Team Haq.

Team Haq membawa masuk Nana di perlawanan pertama untuk digunakan oleh Minnn. Satu draft yang tidak dijangka oleh pasukan RED Esports.

Pengawalan peta dan pengambilan objektif dipegang oleh pasukan Team Haq pada minit awal permainan. 

Walau bagaimanapun, pasukan RED Esports tidak mudah mengalah dan mereka berjaya mencapai power spike di minit akhir permainan.

Akan tetapi, Team Haq lebih berdisiplin dan berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama.

Team Haq meneruskan dominasi mereka di perlawanan kedua. Rotasi yang dilakukan oleh ahli pasukan mereka sangat berkesan dan berjaya mendapatkan objektif.

Pasukan RED Esports semakin sukar untuk mengembalikan momentum di minit akhir permainan.

Kesilapan yang dilakukan oleh RED Esports pada minit ke-15 menyebabkan mereka kehilangan 3 ahli pasukan mereka dan Team Haq terus mengambil kemenangan bersih 2-0.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+