Team Liquid dapat bermain perlawanan pertama VCT walaupun Nivera disahkan positif

Nivera dari Team Liquid akan bermain dari bilik terpencil dalam perlawanan pertama pasukan itu dalam acara VALORANT Champions Tour sejak beliau disahkan positif COVID-19 dan jadual kejohanan diselaraskan sedikit untuk menyesuaikan dengan situasi itu.

Pasukan itu sudah berada di Berlin dan dikuarantin dalam usaha mengelak wabak COVID-19, yang boleh menghalang dan berpotensi menangguhkan acara itu.

Tetapi Nivera Team Liquid diuji positif dan ini bermakna beliau tidak boleh bermain dengan pasukannya di atas pentas. Namun, Riot bersedia untuk senario ini dan mempunyai bilik terpencil di mana Nivera boleh bersaing tanpa mendedahkan orang lain kepada penyakit itu.

Acara ini akan diteruskan seperti yang dirancang, tetapi perlawanan Team Liquid menentang KRU Esports dipindahkan ke slot terakhir pada hari kedua kejohanan untuk mengambil kira permainan terpencil. Perlawanan Sentinels vs. FURIA kini akan berlangsung pada pukul 1AM, 3 Disember waktu Malaysia.

Menurut Jamppi, mereka agak bimbang dengan situasi itu tetapi bersyukur kerana terdapat penyelesaian.

“Kami sememangnya bimbang jika kami tidak dapat bermain. Tetapi kami lagi bimbang jika beliau [Nivera] perlu diganti dengan pemain gantian,” kata Jamppi kepada media dalam sebuah sidang media pagi tadi. “Kami bersyukur Riot Games mampu memberi penyelesaian pada waktu-waktu getir seperti ini,” tambah pemain itu.

VALORANT Champions, acara terakhir VALORANT Champions Tour dan kejohanan VALORANT terbesar tahun ini, akan bermula malam ini. Sebanyak 16 pasukan terbaik dari seluruh dunia akan bersaing untuk merebut gelaran juara di Berlin dan satu pasukan akan pulang sebagai juara dunia VALORANT.

RELATED NEWS

+