Team Liquid kolaborasi bersama Naruto

Organsiasi e-sukan Amerika Utara, Team Liquid umum kolaborasi pakaian dengan anime dan siri manga popular, Naruto Shippuden.

Team Liquid akan mempamerkan karakter utama seperti Sasuke, Sakura, Kakashi dan Naruto dalam koleksi pakaian mereka.

Ini termasuklah jaket denim, parka, joggers, hoodies dan bermacam jenis baju-T lengan pendek.

Kolaborasi ini bukanlah satu perkara yang baru kerana sebelum ini Liquid sudah lama berkolaborasi bersama Marvel dan jenama pakaian gaya hidup Jepun, Tokidoki.

Pastinya jika anda ingin membuat tempahan, boleh dapatkan dari laman web rasmi jualan barangan Team Liquid.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+