Team Mikey raih slot pertama ke MPL MY musim kesembilan

Pusingan kelayakan MPL MY musim ke-9 menyaksikan 4 pasukan terakhir akan merebut slot untuk bermain di MPL MY musim ke-9.

Team Lemah bertemu dengan pasukan Mikey pada permainan pertama. Team Lemah memberikan Eymal menggunakan Ling untuk mendominasi di dalam permainan.

Mereka juga menggunakan draft Esmeralda bersama Yve untuk mengenakan crowd control ke atas pasukan Mikey.

Namun begitu, pasukan Mikey tetap tenang dengan pemilihan Hayabusa sebagai jungler. Azim menggunakan hero itu dengan baik sekali untuk menumpaskan Team Lemah.

Lord pertama dan kedua berjaya didapatkan pasukan Mikey dan I’m offended yang digunakan oleh Ohaha pada pertarungan terakhir menghentikan perjalanan Team Lemah di dalam perjuangan mereka mendapatkan slot.

Pasukan Mikey berjaya mendapatkan slot pertama MPL MY musim ke-9. Seterusnya kita akan menyaksikan Team Caracal akan bertemu dengan pasukan THQ bagi menentukan slot terakhir ke MPL MY musim ke-9.

RELATED NEWS

+