Berikutan isu provokasi yang tular baru-baru ini. Team OP sudah membuat pengumuman baru bahawa mereka akan menarik diri dari MPL SG ketika ini.
Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran ringkas di Instagram rasmi mereka.
Mereka juga ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat disebabkan isu yang berlaku terutamanya kepada pasukan Geek Fam.
Team OP juga membuat keputusan untuk menarik diri itu kerana khuatir tentang peristiwa yang mungkin akan membuatkan keselamatan mereka akan terancam.
Akhir sekali, mereka berharap dengan keputusan ini akan membuktikan permohonan mereka benar-benar ikhlas, dari sudut organisasi ataupun pemain pasukan itu sendiri.
Sumber: Team OP