Team Secret tersingkir daripada MPL MY musim ke-11

Team Secret menjadi pasukan pertama tersingkir daripada MPL MY Musim ke-11 selepas tewas di tangan Todak sebanyak 2-0 pada minggu keempat.

Mereka tersingkir kerana hanya mempunyai baki dua perlawanan dan mata mereka tidak mencukupi untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Team Secret masih tiada mata kerana tewas semua perlawanan di musim liga setakat minggu keempat.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Walaupun terdiri daripada pemain dan jurulatih berpengalaman seperti Box, Aim, Neo dan Amoux, mereka tidak berjaya membantu pasukan itu layak ke playoffs.

Team Secret nampak bergelut untuk dua minggu selepas pemain import mereka dari Filipina iaitu KingSalman dan Santi Sucre tidak dapat menyertai pada waktu itu.

Ia menyebabkan Amoux bermain di posisi Roamer bagi mengisi kekosongan posisi ini.

Kehadiran pemain import mereka, Santi Sucre dan KingSalman serta Gold Laner baharu iaitu Zuto tidak dapat mengubah nasib pasukan itu.

Team Secret akan bertemu Red Giants Esports pada minggu kelima dan Madness Esports pada minggu terakhir MPL MY.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+