Team SMG adalah juara MPL MY musim kelapan!

Perlawanan terakhir di MPL MY musim kelapan menyaksikan pasukan Todak akan bertemu dengan pasukan SMG. Pasukan SMG menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika berada di peringkat upper bracket.

PERLAWANAN KETIGA

Pasukan SMG menggunakan draft Ling dan Claude untuk memberikan burst damage yang sangat tinggi. Rotasi yang dilakukan oleh Wynn sangat berkesan untuk mengawal pasukan Todak dari mendapatkan objektif.

Corak permainan Todak semakin merosot selepas pasukan SMG mengasak mereka dengan Feathered Air Strike dan serangan dari Ling. Lord berjaya diambil oleh Team SMG pada minit ke-9.

Team SMG kemudiannya menamatkan permainan pada minit ke-12. Pasukan Todak tidak mampu memberikan saingan untuk Team SMG, mereka terlalu kuat setakat ini.

PERLAWANAN KEEMPAT

Todak membawa masuk Ajiq ke dalam perlawanan kali ini untuk menggantikan 4Meyz. Todak menggunakan draft Baxia untuk memberikan ruang kepada Ciku mendapatkan farming.

Team SMG sangat kuat selepas masuk ke fasa pertengahan permainan, Bruno yang dimainkan oleh Sasa memberikan burst damage yang sangat tinggi. Todak tidak mampu untuk menahan asakan dari Team Smg.

Team SMG akhirnya mendapatkan kemenangan yang mutlak pada minit ke-11 dengan skor 4-0. Prestasi yang sangat hebat ditunjukkan pasukan SMG.

Mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjadi juara MPL MY musim kelapan. Kedua-dua pasukan akan menjadi wakil Malaysia ke Kejohanan Dunia M3 pada Disember ini. Tahniah diucapkan kepada Team SMG.

RELATED NEWS

+