Team SMG mengumumkan barisan pemain mereka untuk MPL MY S9

Team SMG mengejutkan para penonton apabila mereka berjaya muncul juara musim kelapan dengan kemasukan Jamesss sebagai jurulatih dan Sasa sebagai goldlaner.

Mereka berjaya menewaskan pasukan Todak dengan skor 4-0 tanpa balas. Satu pencapaian yang amat baik ketika itu.

Namun begitu, mereka tewas awal di Kejohanan Dunia M3 dan meninggalkan Todak menjadi satu-satunya wakil Malaysia untuk meneruskan perjuangan.

Kini, Team SMG akan mempertahankan title mereka sebagai juara bertahan di musim ke-9. Pengumuman barisan pemain sudah diumumkan.

Team SMG akan dianggotai oleh:

  • Sasa – Goldlaner
  • Zaimsempoi – Midlaner/Roamer
  • Smooth – Explaner
  • Leixia – Jungler
  • Stormie – Midlaner
  • Panda – Roamer
  • Subway – Jungler
  • Benny – Pengurus
  • Jamesss – Jurulatih

Terdahulu, Leixia dipinjam dari Team Caracal ke Team SMG untuk persediaan menghadapi musim ke-9.

Adakah barisan pemain ini akan memberikan kekuatan kepada Team SMG untuk mempertahankan title mereka? Kita bakal saksikan.

Foto: MPL MY / Team SMG

 

RELATED NEWS

+