Team Spirit muncul juara The International 10

Team Spirit adalah salah satu pasukan yang berhasil masuk ke The International 10 dari pusingan kelayakan eastern europe. Mereka berjaya mengalahkan pasukan Team Empire ketika itu dengan skor 3-2.

Permulaan perjalanan mereka di peringkat kumpulan The International 10 berjaya melayakkan mereka ke peringkat upper bracket untuk bertemu dengan pasukan IG. 

Namun begitu, perlawanan mereka pertama di peringkat ini kurang bernasib baik selepas ditewaskan oleh pasukan IG dengan skor 1-2. 

Mereka masih mempunyai peluang meskipun turun di lower bracket untuk melalui perjalanan yang cukup mencabar menjadi juara The International kali ini.

Team Spirit berjaya menewaskan Fnatic dan OG dengan skor 2-0. Seterusnya, mereka menghantar pulang Virtus Pro dengan skor 2-1 dan juga IG dengan skor 2-0.

Di peringkat separuh akhir, mereka tewaskan pasukan kegemaran ramai iaitu Team Secret dengan skor 2-1. Akhir sekali, pasukan yang sangat kuat ketika ini iaitu PSG.LGD juga tidak berupaya untuk melawan mereka.

Team Spirit membuktikan bahawa mereka adalah salah satu pasukan yang tidak mudah mengalah dan mereka adalah pasukan pertama dari CIS yang berjaya memenangi The International selepas Navi pada tahun 2011.

Kemasukan Yatoro sebagai carry di dalam pasukan memberikan kekuatan kepada draft pasukan Team Spirit. Beliau yang baru sahaja berumur 19 tahun mempunyai kemahiran mekanikal yang sangat tinggi.

Tambah lagi dengan penggunaan hero Magnus oleh Collapse dan mid laner mereka iaitu TorontoTokyo juga adalah jaguh handalan dari Russia.

Tahniah diucapkan kepada Team Spirit, pasti ramai di antara penonton yang tidak menyangka keputusan ini akan berlaku. Sangkaan mereka bahawa PSG.LGD akan membawa pulang Aegis kali ini ternyata meleset sama sekali.

 

RELATED NEWS

+