PUBG Mobile umum kolaborasi bersama filem tempatan, KL Gangster

PUBG Mobile mengacah satu pengumuman kolaborasi baru yang mengejutkan ramai pihak pada hari terakhir Liga Profesional (PMPL) Asia Tenggara semalam. Mereka akan berkolaborasi dengan filem blokbuster Malaysia, iaitu KL Gangster.

Ini adalah kolaborasi pertama mereka bersama filem tempatan.

Terdapat iklan acah 30 saat yang dilancarkan, menampilkan Syamsul Yusof dan Dato’ Aaron Aziz yang akan kembali melakonkan watak mereka iaitu Shark dan Malek.

PUBG Mobile juga menjanjikan kandungan menarik bertemakan filem itu pada Julai ini dan treler penuh akan dikeluarkan tak lama lagi.

RELATED NEWS

+